KUALA LUMPUR, Malaysia, 9 Jun 2025 /PRNewswire/ – Siemens Healthineers Malaysia telah diiktiraf atas kecemerlangannya dalam reka bentuk tempat kerja apabila memenangi kategori Reka Bentuk Dalaman Pejabat Terbaik (Malaysia) di Asia Pacific International Property Awards 2024–2025 yang berlangsung di Bangkok. Pejabat baharu syarikat ini, yang direka bentuk melalui kerjasama dengan firma reka bentuk dan binaan tempat kerja global, Space Matrix, mencerminkan pendekatan yang teliti dan berpandangan jauh terhadap persekitaran kerja moden.
Pengiktirafan ini bukan sekadar tentang estetika visual. Ia menonjolkan kejayaan pelaksanaan pendekatan "Healthineers Human Centric Collaboration" – satu inisiatif global yang menekankan fleksibiliti, kerjasama, pendigitalan dan budaya kerja yang mengutamakan kakitangan. Daripada stesen kerja boleh suai kepada teknologi intuitif dan ruang yang direka khusus untuk pekerja, pejabat ini menyokong cara kerja moden yang dinamik.
"Ini bukan sekadar pengiktirafan terhadap reka bentuk. Ia mencerminkan cara kami bekerja dan nilai yang kami pegang sebagai sebuah syarikat penjagaan kesihatan global. Pejabat ini mencerminkan identiti kami: inovatif, berfokuskan insan dan berakar umbi dalam budaya tempatan. Yang paling penting, ia menyokong misi kami: 'We pioneer breakthroughs in healthcare. For everyone. Everywhere. Sustainably'."
Antara ciri utama pejabat baharu ini termasuklah zon kolaborasi terbuka, stesen kerja fleksibel, dan Pusat Pengalaman Pelanggan Siemens Healthineers yang pertama di Malaysia. Salah satu ruang yang paling menonjol ialah "Work Café", yang sering digelar sebagai "denyut nadi sosial" pejabat. Direka bentuk untuk perbualan santai mahupun perhimpunan seluruh kakitangan syarikat, ruang modular ini mampu menampung pelbagai acara – daripada pertemuan spontan hinggalah ke sesi "townhall" dan sambutan perayaan.
Penceritaan budaya turut memainkan peranan penting dalam reka bentuk ruang ini. Mural yang diinspirasikan oleh seni jalanan Malaysia, bilik mesyuarat yang dinamakan sempena mercu tanda tempatan, serta pelbagai sentuhan tempatan lain memberikan rasa kekitaan dan kepunyaan yang mendalam. Setiap elemen direka dengan teliti berdasarkan prinsip "place follows function" (ruang dibentuk mengikut fungsi) – menyokong cara kakitangan Healthineers bekerja, berhubung dan berinovasi.
"Mereka bentuk pejabat Siemens Healthineers Malaysia merupakan satu perjalanan kolaboratif yang sangat bermakna. Sejak dari awal, matlamat kami adalah untuk mencipta ruang yang menggabungkan warisan Jerman Siemens Healthineers, budaya Malaysia dan inovasi dalam penjagaan kesihatan. Anugerah ini membuktikan apa yang boleh dicapai apabila reka bentuk dipacu oleh tujuan dan dibentuk oleh insan yang menjayakannya."
Anugerah ini menandakan pencapaian penting bagi Siemens Healthineers Malaysia, mengiktiraf kepimpinannya dalam inovasi penjagaan kesihatan dan reka bentuk tempat kerja. Pejabat baharu ini menetapkan penanda aras baharu untuk ruang kerja dalam sektor penjagaan kesihatan di Malaysia dan rantau ini.
About Siemens Healthineers
Siemens Healthineers pioneers breakthroughs in healthcare. For everyone. Everywhere. Sustainably. The company is a global provider of healthcare equipment, solutions and services, with activities in more than 180 countries and direct representation in more than 70. The group comprises Siemens Healthineers AG, listed as SHL in Frankfurt, Germany, and its subsidiaries. As a leading medical technology company, Siemens Healthineers is committed to improving access to healthcare for underserved communities worldwide and is striving to overcome the most threatening diseases. The company is principally active in the areas of imaging, diagnostics, cancer care and minimally invasive therapies, augmented by digital technology and artificial intelligence. In fiscal 2024, which ended on September 30, 2024, Siemens Healthineers had approximately 72,000 employees worldwide and generated revenue of around €22.4 billion. Further information is available here.
About Space Matrix
Founded in 2001, at Space Matrix, we design conscious workplaces that create positive and sustainable business impact through design thinking. We believe in leveraging the power of data and cutting-edge analytical tools to create impactful solutions for the clients. Our vision is to build flourishing communities at work that drive human potential. With project experience in over 100 cities and 19 office locations in Australia, China, India, the Philippines, Thailand, Dubai the United States and Singapore (HQ), we rank #3 (#1 workplace design firm) in the Interior Design Magazine's International Design Giants 2025 and have won multiple International Property Awards. Teamwork, Integrity, and Excellence guide our 600+ professionals globally, while we continue to push the boundaries in workplace transformation. Great employees are your company's storm shield. We design workplaces – the operating system of your organization – to amplify culture, spark innovation, and foster collaboration. The resilience to ride through storms and the ability to bounce back comes to a great extent from their employees. Workplace design involves aligning the space to a company's functional and cultural needs; it is a powerful tool for creating engaging, innovative, flexible, and creative work environments. A great work environment inspires them to give their best.





